Tafsir Al-Quran Surah Al-Masad Al-Nasr Al-Kafirun

RM 35.00

Tafsir Al-Quran Surah Al-Masad Al-Nasr Al-Kafirun Al-Kauthar Al-Ma’un & Quraisy Tafsir Tok Guru

In stock

Description

Enam surah berangkai ini dihuraikan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara berpasangan.

Surah Al-Masad bersama Surah al-Nasr,
Surah al-Kafirun bersama Surah al-Kauthar dan
Surah al-Ma’un bersama Surah Quraisy.

Surah-surah pendek atau dikenali dengan nama ‘surah-surah lazim’ yang dilazimi oleh umat islam membacanya di dalam solat, mengandungi cerita dan kisah suka dan duka Rasulullah Sollallahu ‘Alayhi Wasallam berdakwah di Mekah dan di Madinah.

Berumula dengan kisah diganggu secara mental dan fizikal oleh Abu Lahab sehuingga Abu Lahab dimaki semula oleh Allah di dalam Surah al-Masad.

Dikisahkan pula tentang tingkah laku orang-orang Arab Quraisy yang mempunyai wibawa dan kredibiliti di Semenanjung Arab.

Disambung pula pada surah lain bagaimana penolakan orang yang ingkar kepada Allah dan kufur kepada kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah.

Cantuman kisah dan peristiwa itu berakhir pada Surah al-Nasr yang menceritakan kemenangan usaha dakwah Rasulullah yang terang dan nyata.

Lenggokan dan lantunan butir bicara hikmah Tuan Guru sungguh mengasyikkan, apabila kita membaca baris-baris cerita Rasulullah yang mulia.

Susunan huraian setiap ayat di dalam surah-surah i ni melancarkan aliran kefahaman kita terhadap makna-makna perkataan yang kelas terpancar daripada lautan ilmu Tuan Guru yang dalam.

===
Tajuk: Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Masad. Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar,Al-Ma’un & Quraisy (HARD COVER)
ISBN: 9789671771235
Penerbit: Pertubuhan Alim Rabbani
Penulis: Ahmad Saifudin Yusof, Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama,2020
Muka Surat: 148
Halaman: Hitam Putih
Format: HardCover
===

#adeenabookcafe #readystock

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tafsir Al-Quran Surah Al-Masad Al-Nasr Al-Kafirun”

Your email address will not be published. Required fields are marked *